LOVE AS ALWAYS

LOVE AS ALWAYS
.::Hannah Dhiya::.Hafiy Amjad::.Hadif Affan::.Haziq Danial::.

Tuesday, October 26, 2010

Tetiba pulak suka layan lagu ni...

yehaaa...dpt basikal baru

Lokasi : Dataran Nilai, N.S.


Gembira along dan angah bila ayah belikan basikal baru..basikal lama angah masih elok, cuma rantainya agak longgar dan dah agak kecik utk angah. Basikal lama along pulak pun masih ok, cuma tayarnya kena tukar baru. Tapi ayah dah bermurah hati nak belikan yg baru kira ok lah Basikal angah bolehlah ateh pula yang pakai..(jimat budget ayah...)Seronok tengok anak2 happy..Hopefully pas ni main elok2..jgn jadi mekanik cam selalu..(esp. Angah..yg dah kerjakan basikal lama ateh sampai tinggal rangka..hahhaa) Nak jadi Mechanical Engineer etc tunggu besar erk...nanti boleh sambung study kat UPM..ahakss.

Sunday, October 3, 2010

Syawal 1431H

Lama sungguh blog ini x terupdate... sejak dua menjak ini aku mmg busy..pulak tu bila my beloved hubby asyik beroutstation je, lagilah aku kekurangan masa.... Ramadhan telah berlalu, syawal pun dah nak penghujung...Sedikit cerita tentang Ramadhan tahun ni. Yang paling aku gembira bila anak sulungku along dapat sama-sama berpuasa...tinggal 3 hari je, tak apalah, hopefully next Ramadhan dia dapat berpuasa penuh. So tahun ni Along dpt duit raya RM27 seperti yang ibu n ayah janjikan. Tahun ni kami beraya pertama di Panching, Kuantan, tanah tumpah kelahiranku.Tahun ni juga tahun kedua raya tanpa arwah Ayah. Sedih. Tapi itulah ketentuan Allah. Alfatihah untuk arwah ayah..
Di Pusara Arwah Ayah..Moga Roh ayah n emak sentiasa dicucuri rahmatNya.
Tahun ni yang paling seronok berhari raya bila ibu dah ade geng...hemmm adik Dhiya dah geng ibu..kalau dulu akulah bunga di antara kumbang2nya...kini x lagi. Time shopping baju raya, Dhiyalah yang paling bertuah...baju bby gurl kan cantik2, so aku pun rambang matalah..

Dhiya oh!! Dhiya


Antara Pix di hari Raya..


Petang raya ketiga sempat lagi aku n hubby bawa anak-anak ke TC..tempat ibu n ayah berdating (opss...rahsia). Lama sangat tak gi TC, banyak yag dah berubah, especially cycling track...cantik pemandangan dari track tu...Anak-anak apalagi, ambil peluang main
layang-layang ...

Angah kata layang-layang dia lagi tinggi...hiihii







Sunday, August 8, 2010

Salah train daa...

Anak-anak punyalah excited bila ibu n ayah nak ajak diorang naik train...dah berbunga-bunga dalam fikiran, dan sejak ibu bagitahu nak bawak diorang naik train, tak henti2.. asyik sebut n bercerita je (especially Angah) "nanti nak naik train...naik train bess...Kakak Amna n Abang pun dah naik" So seperti yang dijanjikan sejak seminggu yang lalu, kitorang pun menunaikanlah janji...maklumlah, janji ngan anak2 kena tunaikan, kalau tak nanti mesti diorang kata 'ibu tipu'...n muncungnya akan berjela-jela dua tiga hari.
Nak dijadikan cerita, lepas shoping baju raya (dari sogo, amik star stesen Bandaraya - Plaza Rakyat, (ambik pegi balik), dalam fikiran kononnya nak gi jenjalan jap kat Central Market aka Pasar Seni....dah lama sangat tak gi sana, last sekali gi pun dah over 8 years ago...Along pun dah sebut2 dah nanti nak tengok lukisan-lukisan yang dilukis terus...(tahu pulak dia apa yang ada kat CM tu)..
Anak-anak sangat teruja tengok LRT..Ateh especially, dup dap dup dap jantung dia...berdebar coz first time tengok dekat-dekat n first time dapat naik...


~~~Ateh terkesima~~~

Hahhahhaaa...sesampai je kat stesen Plaza Rakyat, dengan bessnya kitorang cakap kat anak-anak, jap lagi kita ronda-ronda kejap, pastu terus balik ye...hari dah nak malam....
Kuar je dari stesen tu....alamak..............!! Bang, ni ke bus stand pudu la....Adoyaiii... Patutnya dari Bandaraya ke KL Sentral then ke Stesen Pasar Seni...dah lama sangat tak naik...memang BLANK...
Em...sian anak-anak, kena patah balik Sogo...dan dengan selamba dan buat tak bersalah kitorang bagitahu anak-anak.." Bess x naik train?, kata nak try naik train kan, lainkali ibu n ayah bawak lagi " Anak-anak pun terpinga-pinga ikut kitorang balik...

Friday, July 23, 2010

Seminggu yang membosankan...

sedar tak sedar, esok dah pun hari ahad..pantas betul masa berlalu..tahun 2010 pun dah nak masuk suku ketiga dah..next month dah puasa..then raya..rasa baru lagi posing berbaju raya caler dark brown sefamily, tup-tup tahun ni dah tempah baju caler lain pulak...benarlah, dah tanda-tanda akhir zaman, masa akan berlalu dengan pantas...Hafiy, Dhiya dan besar pun..Dek ya dah boleh share baju sama ngan ibu....bess..

minggu ni pun minggu yang boring...Hubby masih di Labuan. Ingatkan hujung minggu ni nak balik kampung, maklumlah sekarang musim buah...ikutkan plan pun besok patutnya berBBQ ramai ramai dgn X-Ehsan kat sepat beach....semuanya x jadi, last2 kena keje pulak hujung minggu ni...sori kengkawan semua, dah tuntutan kerja....hhmmmm...inilah namanya kehidupan...apa yang kita rancang tak semestinya Allah makbulkan..yang penting sntiasa bersyukur dengan nikmat yang dah berlimpah ruah...

Sebab semuanya cancell, so kononnya hari ni nak gi lah survey langsir raya jap, nak gi esok, esok keje.. mula2 set dalam kepala, kuar kol 10, pastu delay, kuar kol 11 la, pastu sebab dah dekat tengahari...gi lah masak utk anak2 jap, masak sudah...berkemas sudah...makan sudah...tapi nih ... dah pukul 2, emm...still kat rumah...coz mood malas... :~p whatever pun kejap lagi mmg kena keluar shopping barang dapur..bila dah ayahnya x ada, terpaksalah ibu shopping sendirian...terkulat2 sorang pilih barang, bukan tak nak bawak along n angah, tapi kalau diorang ikut sekali, sepatutnya dua jam, jadi berjam2 layan macam2...

best jugak layan perasaan boring + bosan nih...emmm, alhamdulillah, pelangi2 perasaan mmg cukup unik Allah ciptakan......ada kala gembira, kadangkala sedih, so layannnnnz..untuk anak2 ibu, bila korang besar nanti layanlah ibumu ini....sepertimana ayah layan perasaan n feel ibu....hehheehhee

Sunday, July 18, 2010

FLORIA @>%----

~::: Aktiviti hujung minggu ni ~Sabtu:Shopping baju raya, then ke Floria (Just spend 1 Hour there...rushing giler):::~~::: Ahad ~santai santai aje kat rumah, layan anak-anak...coz ayah dah fly ke labuan (1 week) huhuhu...i'm become a bionic women again!:::~ ~::: So nak share gambar bunga esp orchid yg sempat snap...canteqq..tapi sebab kitorang gi pun dah malam, ini ajalah gambarnya...:::~


tak pernah jumpa lampu cenggini..so excited + jakun ler...
****hampir-hampir nak merajuk bila ayah cakap x jadi pegi...




Thursday, July 8, 2010

SLOT PENGURUSAN EMOSI

Actually, setiap tahun kami akan mengendalikan slot pengurusan emosi khusus untuk pelajar baharu, dan dalam belek-belek di internet info yang berkaitan, saya terjumpalah fakta ini yang saya sangat suka untuk kita kongsikan bersama...So, jom renungkan....


STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM




DEFINISI

Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Menurut pandangan Islam, punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata, bahkan ianya juga berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan hati, ruh, nafsu dan akal. Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah, menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus (latifah), ketuhanan (rabbaniah) dan kerohanian (ruhaniah).

Stress itu ujian Allah.
Berdoalah untuk mententeramkan jiwa.
Surah Al-Baqarah (2): 155
Firman Allah yang bermaksud " Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil yang tidak menjadi, dan berilah khabar yang gembira kepada orang-orang yang bersabar".
Hadis
"Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan" (Riadus Solihin)
Perubahan Fizikal (contoh : sakit, terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih, terlalu berhias, tidak langsung berhias, agresif, suka mengelamun, sering lupa, mengasingkan diri)
Perubahan Sikap (contoh : mudah marah, mudah bosan, tidak mampu menguruskan diri, mengalihkan kemarahan, sentiasa berpandangan negatif, hilang pertimbangan)
Perubahan Emosi (contoh : terlalu cemburu, penyedih, sensitif, terlalu gembira, ego, mementingkan diri, murungkerisauan yang tinggi)
Walau bagaimanapun, tidak semua stress memberikan kesan yang tidak baik, kerana kesan positif stress boleh menyebabkan seseorang itu lebih bermotivasi, lebih kuat berusaha, sentiasa peka, lebih optimis, dan lebih berkeyakinan. Kesan negatifnya pula, adalah seperti prestasi menurun, rasa bersalah, rasa rendah diri, pesimis dan lain-lain.
Teknik Mengurus Tekanan
*Muhasabah diri/Koreksi diri
* Kenali punca tekanan(contoh : kurang ilmu, kurang komunikasi, pengurusan masa yang tidak cekap)
*Ambil tindakan berkaitan (contoh : hadiri kursus, dapatkan bantuan pakar, tingkatkan ilmu dan kemahiran)
Antara Tindakan Pemulihan
*Ubah rutin hidup
*latih diri dengan situasi baru
*bertenang, sabar, kawal, abaikan
*Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
*Redha dan menerima situasi
*Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan, suami/isteri dll), daripada pakar (kaunselor, ketua dll)
*Rehat, Bercuti, pindah
* Lakukan teknik Meditasi
DLL
Penawar Rohani
*SOLAT
*BACA AL-QURAN
*ZIKIR
*DOA
Firman Allah yang bermaksud : "Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang " (Al-Baqarah (2): 153)
Doa dapat mengelakkan 8 perkara :-
1.Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakkut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia

Thursday, July 1, 2010

Report Card...


Minggu ni memang agak sibuk. Pelajar baharu IPTA sudah mula mendaftar, dan bermulalah juga minggu orientasi. Pagi, petang, siang dan kengkadang malam, banyak program yang kena handle dan ikuti. Tapi kali ni taklah sesibuk mana, mungkin sebab baru naik cuti setelah dua bulan cuti bersalin, so kerja pun yang biasa-biasa aje.


(aksi salah seorang pelajar baharu yg sangat mencuit hati)


Minggu ni pun minggu yang sibuk bagi ibubapa yang anak-anak telah bersekolah untuk berjumpa guru kelas dan tandatangan buku kemajuan/report card. Teruja...tahun ni kali pertama berjumpa guru kelas sekolah rendah. Kalau tadika tu biasalah. Satu pengalaman baru, yang sememangnya sangat mengembirakan. Minggu ni juga ambil report kad angah. Tak sangka angah ni walaupun nakal boleh tahan juga bila belajar....Tahniah to along n angah..Tak kiralah dapat no
mbor berapa. Ibu dan ayah sentasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua. Dan yang pastinya belum sampai rumah lagi dah tuntut hadiah...huhuhu..
(malu-malu...coz ibu ade beratur kat depan)