LOVE AS ALWAYS

LOVE AS ALWAYS
.::Hannah Dhiya::.Hafiy Amjad::.Hadif Affan::.Haziq Danial::.

Sunday, November 20, 2011

Komunikasi Maya

Perkongsian tentang sedikit maklumat berkaitan Dunia Komunikasi Maya yang dikongsikan di dalam Slot Putra FM. Moga dapat memberikan manafaat kepada semua.

SOALAN 1: Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi?

JAWAPAN :

Istilah komunikasi, iaitu Komunikasi berasal dari kata Latin Communicare atau Communis yang bererti sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita berkomunikasi dengan orang lain, berarti kita berusaha agar apa yang disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya.

-Komunikasi merupakan proses
1. dimana manusia menghantar dan menerima mesej
2. dimana manusia berkongsi ataubertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan.
3. dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka

Definisi Komuniksi secara umum adalah suatu proses pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di dalam diri seseorang dan atau di antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu.


SOALAN 2: Apa pula Komunikasi Maya?

JAWAPAN :

Bentuk komunikasi terbahagi kepada :
1.komunikasi verbal
2. komunikasi nonverbal.

Komunikasi verbal merupakan kata-kata atau bahasa yang diucapkan. Sedangkan komunikasi nonverbalberupa gerak isyarat, mimik atau ekspresi muka manusia, dan bahasa tubuh lainnya.

Dunia komunikasi telah berkembang pesat dengan adanya teknologi maklumat yang semakin maju.Teknologi maklumat kini merupakan kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Oleh itu internet merupakan satu alat untuk mengakses maklumat dan pengetahuan secara global, tanpa perlu bersemuka ataupun menerusi alam maya. Internet telah merevolusikan dunia perkomputeran dan komunikasi dunia hari ini.

Melalui internet, maka tercetuslah tren komunikasi dunia maya.Istilah “dunia maya” pertama kali muncul dalam novel, Neuromancer, yang ditulis oleh William Gibson pada tahun 1984, di mana istilah tersebut merujuk pada jaringan informasi luas yang oleh para penggunanya.
Dunia maya merangkumi world wide web, internet, milis elektronik, kelompok-kelompok dan forum diskusi, ruang chatting, permainan interaktif multi-player dan mail (Turkle, 1995).

Kewujudan dunia maya telah membentuk komuniti maya (virtual communities).

Tiga faktor yang diutarakan oleh Walther kenapa manusia kini lebih gemarkan komunikasi secara maya:-
komunikasi secara maya lebih mengurangkan keterampilan diri (fizikal) dibandingkan komunikasi langsung.
Komunikasi maya mengurangkan kesan-kesan keaslahan yang negative (percakapan/pertuturan dll)
Ikatan dan maklumat-maklumat yang positif akan segera memberikan kesan kepada rakan komunikasinya
SOALAN 3: Apakah contoh-contoh Komunikasi Maya/Jaringan sosial?

JAWAPAN :

Antara contoh komunikasi /jaringan sosial, termasuklah:-
1. mIRC
2. Facebook (FB)
3. Twitter
4. Friendster
5. Liveconnector
6. Yahoo messenger
7. Skype


SOALAN 4: Apakah Kebaikan Komunikasi Maya/ Laman Sosial ini?

JAWAPAN :

Meluaskan lagi rangkaian kawan-kawan
Memberikan informasi atau maklumat
Boleh menghubungi teman lama yang terpisah.
Boleh membantu mempromosi sesuatu
Menghebahkan aktiviti (program, bengkel, kenduri, majlis2)


SOALAN 5 : Apakah keburukannya?

JAWAPAN :

Keburukan laman sosial
Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab.
Obses.Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil wujudnya pertelingkahan akibat daripada obses terhadap laman sosial.
Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

SOALAN 6: Saranan Kaunselor dalam menggunakan komunikasi seperti ini?

JAWAPAN :

Dewasa ini, sistem rangkaian laman sosial semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya bagi generasi yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi universiti. Laman sesawang seperti Facebook, friendster, myspace bahkan twitter adalah antara contoh laman sosial di alam maya yang semakin menjadi kegilaan ramai terutama golongan para pelajar. Namun bergunakah laman-laman ini? Adakah ia mempengaruhi tahap prestasi pelajar atau sekadar hobi yang melalaikan?

Contoh kata-kata dari pelajar

“Setiap kali saya melayari internet untuk mencari maklumat mengenai sesuatu tugasan, saya pasti akan membuka laman rangkaian sosial ini. Hal ini telah menjejaskan banyak masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan,”

“sistem rangkaian sosial ini banyak membantu seseorang mahasiswa/mahasiswi
dalam aspek keyakinan diri. Mereka boleh bergaul dengan bebas tanpa berasa malu
dan segan melalui rangkaian ini. Hal ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam kemahiran bersosial. Konsep anonimiti yang terdapat dalam sesetengah rangkaian sosial memudahkan mereka untuk meluahkan pendapat tanpa berasa takut pandangan mereka akan ditolak kerana mereka langsung tidak dikenali’

“ laman ini banyak membantu mahasiswa/mahasiswi dalam aspek pengurusan stress. Ramai mahasiswa/mahasiswi yang mengalami tekanan dalam kehidupan seharian suka meluahkan perasaan mereka menggunakan sistem rangkaian sosial ini. Hal ini lebih memudahkan kerana luahan perasaan mereka akan mendapat perhatian rakan-rakan di laman sosial terbabit dan pelbagai nasihat serta pujukan”

“ sistem rangkaian sosial ini telah banyak menjejaskan nilai moral seseorang mahasiswa/
mahasiswi. Kerana terlalu bebas, ramai individu termasuk mahahsiswa/mahasiswi telah menyiarkan gambar dalam aksi yang tidak bermoral dan memalukan. Hal ini amat menyimpang dari segi adab dan tatasusila masyarakat Timur. “Ramai pengguna laman sosial telah menyalah anggap mengenai persepsi bebas itu sendiri sehingga lupa akan maruah diri dan keluarga melalui pergaulan yang terlalu bebas,”

“laman rangkaian sosial boleh melalaikan seseorang pengguna kerana masa yang terluang hanya akan dihabiskan dengan bermain permainan maya dan aplikasi yang terdapat di dalam internet. Di samping itu, pendedahan terlalu lama kepada skrin komputer akan merosakkan penglihatan. Mereka menghabiskan masa berjamjam lamanya di hadapan komputer riba masingmasing dengan aktiviti yang tidak berfaedah”

Secara keseluruhannya dapat dipastikan bahawa kemunculan laman-laman sosial yang semakin hangat di alam maya kini telah banyak mengubah keperibadian seseorang terutamanya bagi mereka yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.

Pelbagai pro dan kontra boleh didapati melalui sistem rangkaian ini namun segalanya tetap terletak di bahu seseorang mahasiswa/mahasiswi itu sendiri untuk menilainya. Kematangan berfikir adalah penting bagi mereka untuk menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi diri mereka sendiri.

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah, elakkan meluahkan secara terbuka di laman-laman sosial tersebut, sebaliknya cuba cari penyelesaian yang lebih bijak. Berjumpalah kaunselor anda untuk sama-sama merungkai permasalahn tersebut dengan lebih efisyen.

Wednesday, October 26, 2011

Sabah, Negeri di bawah Bayu..


Hannah Dhiya Darwisha & her cousin Ahda Fattah @ Mensilau Highland




@ Manukan Island


Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu




me @ Rose Garden..


Mensilau Highland..




Along, Angah & Ateh @ Strawberry Garden




The Kids @ Kinabalu Park



Angah @ LCCT



Seindah gelaran negerinya 'Negeri Di Bawah Bayu' sememangnya negeri sabah, sebuah negeri yang indah. Peluang seminggu bercuti bersama family, kami sempat meneroka beberapa tempat menarik di sana. Catatan seminggu perjalanan kami....



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


29 Sept - Tiba di KK airport, terus menuju ke Putatan, tempat kami sekeluarga menginap.. 30 Sept - Destinasi pertama, Kundasang, melihat panorama indah di kaki gunung Kinabalu, gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara


1 Oktober - Manukan Island, snorckling, scuba diving, banana boat dll


2 Oktober - Lok Kawi Wild life Park - melihat sendiri species monyet Belanda atau Proboscis, Orang utan dan hidupan liar lain

3 oktober - Again to Kundasang - Mensilau Higland, Strawbery & Rose Garden, Poring Hot Spring
3 oktober (night) - impressive musical fountain in Perdana Park, Tanjung Aru, KK, located within the new jogging track next to Tanjung Aru Plaza
4 Oktober - Shopping @ KK

5 Oktober - Back to KL

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Seminggu memang waktu yang sangat singkat untuk menerokai keindahan negeri Sabah..Insyaallah kami akan datang lagi bercuti di sini..untuk menerokai lebih banyak keindahan alam ciptaanNya..

Monday, September 19, 2011

Pantai Morib







Teringat kenangan dengan Arwah ayahanda tercinta. Kali terakhir ayah dan ummi ke kl menjengah anak2, tempat makan beramai-ramai (ikan bakar+ makan malam) adalah di pantai Morib! Itu kenangan terindah dulu2, dan tak mungkin akan berulang.

Hujung mggu lepas sekali lagi kami sekeluarga ke pantai Morib! Agak banyak berubah. Tempat- tempat landing dah semakin banyak dan menarik. Satu je yg saya kurang suka, air pantainya tidak bersih sebersih pantai-pantai di pantai Timur!

Memang seronok berpicnic sebegini. Insyaallah hujung bulan kami akan berpicnic satu keluarga besar di negeri di bawah bayu...

Wednesday, August 3, 2011

Jadilah Pendengar Yang Hebat!

Salam ramadhan..

Entry kali ini berkaitan dengan tips menjadi pendengar yang hebat, slot radio Putra FM bersamaku pada 9 Mei yang lepas.

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang individu mendengar dengan teliti danmemahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. pengucapan seperti cerita,arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukantindak balas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Perkongsian kali ini ialah bagaimana cara kita mendengar dengan berkesan. Mendengar dengan berkesan bermaksud dengan mata, telinga dan hati. ia melibatkan kebolehan untuk terus berdiam, mengelakkan tumpuan dan minat pada orang yang sedang bercakap. ia juga melibatkan kebolehan memahami bukan hanya pada apa yang diperkatakan, tetapi maksud diperkatakan dan perasaan orang yang memperkatakan. suatu cara menguji kebolehan mendengar ialah dengan membuat rumusan dan menyelami perasaan orang yang bercakap.

Perkara yang digalakkan :

· Duduk atau berdiri condong kearah orang yang bercakap dalam keadaan relaks.
· Pandang kearah orang yang bercakap.
· perhatikan air muka dan gerak-gerinya.
· Senyum apabila ia senyum, dan bertenang apabila cerita menyedihkan atau mengejutkan.
· Dengar apa yang diperkatakan, gaya, nada suara dan kelajuan bercakap kadangkala menyatakan sesuatu
tentang perasaannya.
· Berikan galakkan supaya ia terus bercakap dengan membuat tindak balas lisan dan tidak lisan seperti mengangguk..., ya..., lepas tu..., em...
· Anggaplah bahawa yang sedang bercakap itu adalah kita. Apa perasaan kita ketika itu?.
· Beri perhatian yang sepenuhnya.
· Elakkan daripada menilai seseorang yang berucap dari segi luaran. Mungkin apa yang diucapkan itu
bermanfaat bagi kita walaupun sedikit.
· Tidak mencelah ketika seseorang sedang berucap. Namun begitu, hal ini tertakluk kepada waktu dan
ketikanya. Contohnya di majlis rasmi yang besar, mencelah ketika seseorang sedang berucap eloklah dielakkan.
· Tunjukkan reaksi yang baik. Tidak terlalu 'selamba' dan tidak pula terlalu memberi tumpuan sehingga mata
menjadi kecil. hehe..

Perkara yang tidak digalakkan :
· Terlalu banyak bertanya seolah-olah menyiasat untuk kepentingan sendiri.
· Bertanya soalan 'kenapa' dalam nada seolah-olah ia bersalah.
· Menggangu atau mencelah semasa ia bercakap.
· Memberikan nasihat dan teguran.
· Menilai perbuatan sebagai salah atau betul.
· Menahan ia meluahkan perasaan sedih dan marah.
· Menyangkal atau menentang pendapatnya walaupun anda tidak bersetuju.
· Membuktikan ia bersalah atau lemah akan menyebabkan ia lebih 'defensif'.
· Tukar tajuk perbualan daripada hal lain kepada hal peribadi


TIPS :-

1. Pusatkan perhatian Anda pada orang yang sedang berbicara dan dengarkan apa yang dia katakan. Jangan biarkan pikiran Anda melayang ketempat lain. Hanya dengan cara seperti itu Anda bisa belajar menjadi pendengar yg baik.

2. Pandanglah mata lawan bicara Anda dengan wajar. Ini memberikan kesaan bahwa Aanda memperhatikan apa yg diucapkannnya dengan sungguh-sungguh.

3. Berikan respon yang bersahabat. Respon kecil yang mungkin tampak sepele bisa membuat dia merasa dihargai. Sekali-kali Anda bisa mengangguk , menggelengkan kepala, tersenyum, tertawa atau memberiokan komentar2 pendek seperti Oh, ya? , hebat !, luar biasa! dsb.

4. Berikanlah kesempatan lawan bicara Anda untuk menyelesaikan apa yg ingin diutarakannya. Hindari kebiasaan memotong pembicaraan orang lain . Selain tidak sopan, kebiasaan itu bisa membuat dia merasa kesal dan tersinggung.

5. Bila Anda merasa bosan atau tidak berminat dengan topik pembicaraannya, alihkan dengan perlahan-lahan. Jangan sesekali mengubah topik pembicaraan secara mendadak seperti pengemudi yang belok tanpa menyalakan lampu righting terlebih dahulu.

6. Buatlah lawan bicara Anda bergairah untuk terus berbicara . Bila Anda berhasil memancing gairah orang yang semula kurang antusias, maka Anda telah berhasil merebut hatinya. Namun dalam hal ini ada kekecualian bila lawan bicara Anda adalah type orang yg suka memonopoli pembicaraan. orang yg seperti itu biasanya akan selalu bergairah untuk terus berbicara meskipun Anda sudah tampak terkantuk-kantuk.

7. Kendalikan diri Anda untuk tidak tergoda ingin mengalahkan lawan bicara Anda. Anda bisa memadamkan gairah orang lain hanya dengan menunjukkan bahwa Anda lebih oke daripada dia.Biarkan dia merasa bangga dengan prestasi atau pengalamnnya meskipun Anda punya prestasi atau pengalaman yg lebih hebat darinya.

8. Dalam kasus2 khusus, belajarlah untuk meringkas apa yang diuraikan oleh teman Anda sebelum Anda memberikan komentar atau nasehat. Bersikaplah seperti seorang dokter yg mendiagnosa dulu penyakit pasiennya dgn teliti sebelum menyimpulkan apa penyakitnya dan memberi resep obat. Bayangkan bila ada orang yang menceramahi Anda panjang lebar , padahal tidak ada hubungannya dengan apa yg Anda ungkapkan.

9. Belajarlah peka terhadap motif orang lain. Mungkin dia sedang mencurahkan isi hatinya tanpa keinginan untuk dinasehati, apalagi disalahkan. Jadi Anda cukup berperan sebagai pendengar saja . Mungkin dia sedang menceritakan pengalaman agar Anda memujinya. Pujilah denga spontan dan tulus. Mungkin juga dia sedang mengajak Anda masuk dalam komunikasi yang lebih akrab dan terbuka. Kalau Anda mau, mulailah melakukan komunikasi dua arah.

10. Belajarlah mendengar dengan tulus. Semua kiat tersebut diatas tidak akan membuat Anda menjadi pendengar yg baik bila Anda tidak melakukannnya dgn tulus. Anda tidak akan menjadi pendengar yg baik bila Anda terbiasa berpura2 menjadi pendengar yg baik

Wednesday, July 27, 2011

ALONG dan KERETA

Pengalaman semalam agak mencemaskan. Teringat pengalaman lima tahun lepas. Along dan kereta. Itu pilihan tajuk entryku kali ini.

Setengah jam along 'tidur' dalam kereta. Pengalaman semalam memang agak mendebarkan. Nyaris cermin kereta dipecahkan gara-gara along yang tidur di dalam kereta, dan pintu kereta dikunci. Dikunci oleh Angah!

Teringat pengalaman lima tahun lepas. Masa itu along lebih kurang 3 tahun lebih. Lehernya tersangkut di cermin kereta yang secara tak sengaja ditutupnya sendiri. Cerita itu di Nilai 3. Hari ibu dan ayah seronok nak bershopping..

Terimakasih buat cikgu Fatennur, untie n uncle jenjiran yang menolong mengejutkan along semalam. Ibu dah standbay tukul untuk pecahkan pintu kereta. Nasib baik along sedar..kalau tidak pecahlah kereta ayah..

Anyway, pengalaman ini sangat berharga. Peringatan untuk diri sendiri. Moga diri lebih berhati-hati.

Dan sememangnya along peminat kereta. Sejak dari kecil. Hingga ke besar. Along dan Kereta...memang sgt sinonim!!

Thursday, July 21, 2011

KepadaNya jua kita kembali

Al-fatihah buat mereka-mereka yang telah dulu pergi meninggalkan kita. Mengadap Sang Pencipta yang Baqa'.

Al-fatihah juga buat arwah ayahanda bonda tercinta. Serta buat arwah suami rakan sekerja yang mengadap Ilahi jam 1.50 petang tadi.

Ajal tidak mengenal usia. Sedetik pun tidak akan terlewat. Bila ajal menjelma, tinggallah anak-anak, isteri, rakan rakan dan kaum keluarga yang harinya tidak akan lagi sama. Hari-hari yang mesti dilalui dengan kuat dan tabah. Hari-hari yang penuh dengan kerinduan. Rindunya pasti tidak akan terhenti. Juga tidak akan terubat.

Begitu juga dengan kita. Bersyukurlah atas tiap hela hembusan nafas yang berbaki. Nikmat yang tak terhingga. Juga tak terbalas.

Kita tidak tahu bila, bagaimana pula pengakhiran kita. Nasib manusia tidak akan sama. Allah juga yang menentukannya. Moga rahmat Allah sentiasa ada dalam setiap hembusan nafas kita..

Monday, July 4, 2011

BUNGA CINTA


Salam semua,
Dah agak lama blog cute ini tak terjengah, dek kesibukan bersama family n beberapa kesibukan lain..



N3 kali ni saje suka suki nak share gambar2 laman yg sedang berbunga wangi (saya memang gemarkan bunga.....:))





Actually, banyak lagi gambar yg nak diupload, tapi technically agak slow...Insyaallh next time akan dicuba lagi. Saje. Untuk tatapan nanti...

Thursday, February 17, 2011

Antara Perjuangan dan Emosi

Perjuangan dan emosi kadangkala perlu seiring, dan adakalanya perlu diimbangkan...dan kadangkala juga perlu direndahkan...

Peluang 'stayback' malam ini memberikan peluang untuk aku melihat antara emosi dan jihad, yang adakalanya bercampur aduk, dan adakalanya juga merupakan motivasi dalaman seseorang supaya lebih bersemangat juang.

Itulah uniknya ragam manusia, personaliti yang Allah kurniakan dalam pelbagai rupa bentuk yang Allah jelmakannya dalam bentuk peribadi manusia, bagaimana manusia bereaksi, adakala marah, adakala suka, kadangkala derita tak kurang juga ada yang blurr...

Kadangkala diri ini tertanya, antara realiti, hakiki, ilusi, imaginasi yang mana satukah manusia utamakan?...

Ya Allah...teringat sangat aku akan hidup yang sangat singkat ini, terkenang arwah ibubapaku, tatkala mereka membaca Yaasin tadi...Al fatihah buat kedua roh ibu dan ayahku tersayang...

Teringat juga anak2, dan suami tersayang, yang tidurnya entahkan lena entahkan tidak...menanti kepulangan orang tersayang...

Pelik betul bunyi entryku kali ini...dan inilah hakikatnya dunia hari ini..