Al-fatihah buat mereka-mereka yang telah dulu pergi meninggalkan kita. Mengadap Sang Pencipta yang Baqa'.
Al-fatihah juga buat arwah ayahanda bonda tercinta. Serta buat arwah suami rakan sekerja yang mengadap Ilahi jam 1.50 petang tadi.
Ajal tidak mengenal usia. Sedetik pun tidak akan terlewat. Bila ajal menjelma, tinggallah anak-anak, isteri, rakan rakan dan kaum keluarga yang harinya tidak akan lagi sama. Hari-hari yang mesti dilalui dengan kuat dan tabah. Hari-hari yang penuh dengan kerinduan. Rindunya pasti tidak akan terhenti. Juga tidak akan terubat.
Begitu juga dengan kita. Bersyukurlah atas tiap hela hembusan nafas yang berbaki. Nikmat yang tak terhingga. Juga tak terbalas.
Kita tidak tahu bila, bagaimana pula pengakhiran kita. Nasib manusia tidak akan sama. Allah juga yang menentukannya. Moga rahmat Allah sentiasa ada dalam setiap hembusan nafas kita..
LOVE AS ALWAYS
.::Hannah Dhiya::.Hafiy Amjad::.Hadif Affan::.Haziq Danial::.
Thursday, July 21, 2011
Monday, July 4, 2011
BUNGA CINTA
Salam semua,
Dah agak lama blog cute ini tak terjengah, dek kesibukan bersama family n beberapa kesibukan lain..
Dah agak lama blog cute ini tak terjengah, dek kesibukan bersama family n beberapa kesibukan lain..
Thursday, February 17, 2011
Antara Perjuangan dan Emosi
Perjuangan dan emosi kadangkala perlu seiring, dan adakalanya perlu diimbangkan...dan kadangkala juga perlu direndahkan...
Peluang 'stayback' malam ini memberikan peluang untuk aku melihat antara emosi dan jihad, yang adakalanya bercampur aduk, dan adakalanya juga merupakan motivasi dalaman seseorang supaya lebih bersemangat juang.
Itulah uniknya ragam manusia, personaliti yang Allah kurniakan dalam pelbagai rupa bentuk yang Allah jelmakannya dalam bentuk peribadi manusia, bagaimana manusia bereaksi, adakala marah, adakala suka, kadangkala derita tak kurang juga ada yang blurr...
Kadangkala diri ini tertanya, antara realiti, hakiki, ilusi, imaginasi yang mana satukah manusia utamakan?...
Ya Allah...teringat sangat aku akan hidup yang sangat singkat ini, terkenang arwah ibubapaku, tatkala mereka membaca Yaasin tadi...Al fatihah buat kedua roh ibu dan ayahku tersayang...
Teringat juga anak2, dan suami tersayang, yang tidurnya entahkan lena entahkan tidak...menanti kepulangan orang tersayang...
Pelik betul bunyi entryku kali ini...dan inilah hakikatnya dunia hari ini..

Tuesday, October 26, 2010
yehaaa...dpt basikal baru
Lokasi : Dataran Nilai, N.S.

Gembira along dan angah bila ayah belikan basikal baru..basikal lama angah masih elok, cuma rantainya agak longgar dan dah agak kecik utk angah. Basikal lama along pulak pun masih ok, cuma tayarnya kena tukar baru. Tapi ayah dah bermurah hati nak belikan yg baru kira ok lah Basikal angah bolehlah ateh pula yang pakai..(jimat budget ayah...)Seronok tengok anak2 happy..Hopefully pas ni main elok2..jgn jadi mekanik cam selalu..(esp. Angah..yg dah kerjakan basikal lama ateh sampai tinggal rangka..hahhaa) Nak jadi Mechanical Engineer etc tunggu besar erk...nanti boleh sambung study kat UPM..ahakss.
Sunday, October 3, 2010
Syawal 1431H
Lama sungguh blog ini x terupdate... sejak dua menjak ini aku mmg busy..pulak tu bila my beloved hubby asyik beroutstation je, lagilah aku kekurangan masa.... Ramadhan telah berlalu, syawal pun dah nak penghujung...Sedikit cerita tentang Ramadhan tahun ni. Yang paling aku gembira bila anak sulungku along dapat sama-sama berpuasa...tinggal 3 hari je, tak apalah, hopefully next Ramadhan dia dapat berpuasa penuh. So tahun ni Along dpt duit raya RM27 seperti yang ibu n ayah janjikan. Tahun ni kami beraya pertama di Panching, Kuantan, tanah tumpah kelahiranku.Tahun ni juga tahun kedua raya tanpa arwah Ayah. Sedih. Tapi itulah ketentuan Allah. Alfatihah untuk arwah ayah..
Di Pusara Arwah Ayah..Moga Roh ayah n emak sentiasa dicucuri rahmatNya.
Tahun ni yang paling seronok berhari raya bila ibu dah ade geng...hemmm adik Dhiya dah geng ibu..kalau dulu akulah bunga di antara kumbang2nya...kini x lagi. Time shopping baju raya, Dhiyalah yang paling bertuah...baju bby gurl kan cantik2, so aku pun rambang matalah..
Dhiya oh!! Dhiya

Antara Pix di hari Raya..
Dhiya oh!! Dhiya
Antara Pix di hari Raya..
Petang raya ketiga sempat lagi aku n hubby bawa anak-anak ke TC..tempat ibu n ayah berdating (opss...rahsia). Lama sangat tak gi TC, banyak yag dah berubah, especially cycling track...cantik pemandangan dari track tu...Anak-anak apalagi, ambil peluang main
layang-layang ...
layang-layang ...
Sunday, August 8, 2010
Salah train daa...
Anak-anak punyalah excited bila ibu n ayah nak ajak diorang naik train...dah berbunga-bunga dalam fikiran, dan sejak ibu bagitahu nak bawak diorang naik train, tak henti2.. asyik sebut n bercerita je (especially Angah) "nanti nak naik train...naik train bess...Kakak Amna n Abang pun dah naik" So seperti yang dijanjikan sejak seminggu yang lalu, kitorang pun menunaikanlah janji...maklumlah, janji ngan anak2 kena tunaikan, kalau tak nanti mesti diorang kata 'ibu tipu'...n muncungnya akan berjela-jela dua tiga hari. 
Nak dijadikan cerita, lepas shoping baju raya (dari sogo, amik star stesen Bandaraya - Plaza Rakyat, (ambik pegi balik), dalam fikiran kononnya nak gi jenjalan jap kat Central Market aka Pasar Seni....dah lama sangat tak gi sana, last sekali gi pun dah over 8 years ago...Along pun dah sebut2 dah nanti nak tengok lukisan-lukisan yang dilukis terus...(tahu pulak dia apa yang ada kat CM tu)..
Anak-anak sangat teruja tengok LRT..Ateh especially, dup dap dup dap jantung dia...berdebar coz first time tengok dekat-dekat n first time dapat naik... Hahhahhaaa...sesampai je kat stesen Plaza Rakyat, dengan bessnya kitorang cakap kat anak-anak, jap lagi kita ronda-ronda kejap, pastu terus balik ye...hari dah nak malam....
Kuar je dari stesen tu....alamak..............!! Bang, ni ke bus stand pudu la....Adoyaiii... Patutnya dari Bandaraya ke KL Sentral then ke Stesen Pasar Seni...dah lama sangat tak naik...memang BLANK...
Em...sian anak-anak, kena patah balik Sogo...dan dengan selamba dan buat tak bersalah kitorang bagitahu anak-anak.." Bess x naik train?, kata nak try naik train kan, lainkali ibu n ayah bawak lagi " Anak-anak pun terpinga-pinga ikut kitorang balik...

Subscribe to:
Posts (Atom)