LOVE AS ALWAYS

LOVE AS ALWAYS
.::Hannah Dhiya::.Hafiy Amjad::.Hadif Affan::.Haziq Danial::.

Thursday, July 8, 2010

SLOT PENGURUSAN EMOSI

Actually, setiap tahun kami akan mengendalikan slot pengurusan emosi khusus untuk pelajar baharu, dan dalam belek-belek di internet info yang berkaitan, saya terjumpalah fakta ini yang saya sangat suka untuk kita kongsikan bersama...So, jom renungkan....


STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM




DEFINISI

Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Menurut pandangan Islam, punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata, bahkan ianya juga berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan hati, ruh, nafsu dan akal. Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah, menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus (latifah), ketuhanan (rabbaniah) dan kerohanian (ruhaniah).

Stress itu ujian Allah.
Berdoalah untuk mententeramkan jiwa.
Surah Al-Baqarah (2): 155
Firman Allah yang bermaksud " Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil yang tidak menjadi, dan berilah khabar yang gembira kepada orang-orang yang bersabar".
Hadis
"Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan" (Riadus Solihin)
Perubahan Fizikal (contoh : sakit, terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih, terlalu berhias, tidak langsung berhias, agresif, suka mengelamun, sering lupa, mengasingkan diri)
Perubahan Sikap (contoh : mudah marah, mudah bosan, tidak mampu menguruskan diri, mengalihkan kemarahan, sentiasa berpandangan negatif, hilang pertimbangan)
Perubahan Emosi (contoh : terlalu cemburu, penyedih, sensitif, terlalu gembira, ego, mementingkan diri, murungkerisauan yang tinggi)
Walau bagaimanapun, tidak semua stress memberikan kesan yang tidak baik, kerana kesan positif stress boleh menyebabkan seseorang itu lebih bermotivasi, lebih kuat berusaha, sentiasa peka, lebih optimis, dan lebih berkeyakinan. Kesan negatifnya pula, adalah seperti prestasi menurun, rasa bersalah, rasa rendah diri, pesimis dan lain-lain.
Teknik Mengurus Tekanan
*Muhasabah diri/Koreksi diri
* Kenali punca tekanan(contoh : kurang ilmu, kurang komunikasi, pengurusan masa yang tidak cekap)
*Ambil tindakan berkaitan (contoh : hadiri kursus, dapatkan bantuan pakar, tingkatkan ilmu dan kemahiran)
Antara Tindakan Pemulihan
*Ubah rutin hidup
*latih diri dengan situasi baru
*bertenang, sabar, kawal, abaikan
*Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
*Redha dan menerima situasi
*Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan, suami/isteri dll), daripada pakar (kaunselor, ketua dll)
*Rehat, Bercuti, pindah
* Lakukan teknik Meditasi
DLL
Penawar Rohani
*SOLAT
*BACA AL-QURAN
*ZIKIR
*DOA
Firman Allah yang bermaksud : "Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang " (Al-Baqarah (2): 153)
Doa dapat mengelakkan 8 perkara :-
1.Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakkut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia

No comments:

Post a Comment