LOVE AS ALWAYS

LOVE AS ALWAYS
.::Hannah Dhiya::.Hafiy Amjad::.Hadif Affan::.Haziq Danial::.

Sunday, November 20, 2011

Komunikasi Maya

Perkongsian tentang sedikit maklumat berkaitan Dunia Komunikasi Maya yang dikongsikan di dalam Slot Putra FM. Moga dapat memberikan manafaat kepada semua.

SOALAN 1: Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi?

JAWAPAN :

Istilah komunikasi, iaitu Komunikasi berasal dari kata Latin Communicare atau Communis yang bererti sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita berkomunikasi dengan orang lain, berarti kita berusaha agar apa yang disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya.

-Komunikasi merupakan proses
1. dimana manusia menghantar dan menerima mesej
2. dimana manusia berkongsi ataubertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan.
3. dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka

Definisi Komuniksi secara umum adalah suatu proses pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di dalam diri seseorang dan atau di antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu.


SOALAN 2: Apa pula Komunikasi Maya?

JAWAPAN :

Bentuk komunikasi terbahagi kepada :
1.komunikasi verbal
2. komunikasi nonverbal.

Komunikasi verbal merupakan kata-kata atau bahasa yang diucapkan. Sedangkan komunikasi nonverbalberupa gerak isyarat, mimik atau ekspresi muka manusia, dan bahasa tubuh lainnya.

Dunia komunikasi telah berkembang pesat dengan adanya teknologi maklumat yang semakin maju.Teknologi maklumat kini merupakan kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Oleh itu internet merupakan satu alat untuk mengakses maklumat dan pengetahuan secara global, tanpa perlu bersemuka ataupun menerusi alam maya. Internet telah merevolusikan dunia perkomputeran dan komunikasi dunia hari ini.

Melalui internet, maka tercetuslah tren komunikasi dunia maya.Istilah “dunia maya” pertama kali muncul dalam novel, Neuromancer, yang ditulis oleh William Gibson pada tahun 1984, di mana istilah tersebut merujuk pada jaringan informasi luas yang oleh para penggunanya.
Dunia maya merangkumi world wide web, internet, milis elektronik, kelompok-kelompok dan forum diskusi, ruang chatting, permainan interaktif multi-player dan mail (Turkle, 1995).

Kewujudan dunia maya telah membentuk komuniti maya (virtual communities).

Tiga faktor yang diutarakan oleh Walther kenapa manusia kini lebih gemarkan komunikasi secara maya:-
komunikasi secara maya lebih mengurangkan keterampilan diri (fizikal) dibandingkan komunikasi langsung.
Komunikasi maya mengurangkan kesan-kesan keaslahan yang negative (percakapan/pertuturan dll)
Ikatan dan maklumat-maklumat yang positif akan segera memberikan kesan kepada rakan komunikasinya
SOALAN 3: Apakah contoh-contoh Komunikasi Maya/Jaringan sosial?

JAWAPAN :

Antara contoh komunikasi /jaringan sosial, termasuklah:-
1. mIRC
2. Facebook (FB)
3. Twitter
4. Friendster
5. Liveconnector
6. Yahoo messenger
7. Skype


SOALAN 4: Apakah Kebaikan Komunikasi Maya/ Laman Sosial ini?

JAWAPAN :

Meluaskan lagi rangkaian kawan-kawan
Memberikan informasi atau maklumat
Boleh menghubungi teman lama yang terpisah.
Boleh membantu mempromosi sesuatu
Menghebahkan aktiviti (program, bengkel, kenduri, majlis2)


SOALAN 5 : Apakah keburukannya?

JAWAPAN :

Keburukan laman sosial
Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab.
Obses.Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil wujudnya pertelingkahan akibat daripada obses terhadap laman sosial.
Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

SOALAN 6: Saranan Kaunselor dalam menggunakan komunikasi seperti ini?

JAWAPAN :

Dewasa ini, sistem rangkaian laman sosial semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya bagi generasi yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi universiti. Laman sesawang seperti Facebook, friendster, myspace bahkan twitter adalah antara contoh laman sosial di alam maya yang semakin menjadi kegilaan ramai terutama golongan para pelajar. Namun bergunakah laman-laman ini? Adakah ia mempengaruhi tahap prestasi pelajar atau sekadar hobi yang melalaikan?

Contoh kata-kata dari pelajar

“Setiap kali saya melayari internet untuk mencari maklumat mengenai sesuatu tugasan, saya pasti akan membuka laman rangkaian sosial ini. Hal ini telah menjejaskan banyak masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan,”

“sistem rangkaian sosial ini banyak membantu seseorang mahasiswa/mahasiswi
dalam aspek keyakinan diri. Mereka boleh bergaul dengan bebas tanpa berasa malu
dan segan melalui rangkaian ini. Hal ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam kemahiran bersosial. Konsep anonimiti yang terdapat dalam sesetengah rangkaian sosial memudahkan mereka untuk meluahkan pendapat tanpa berasa takut pandangan mereka akan ditolak kerana mereka langsung tidak dikenali’

“ laman ini banyak membantu mahasiswa/mahasiswi dalam aspek pengurusan stress. Ramai mahasiswa/mahasiswi yang mengalami tekanan dalam kehidupan seharian suka meluahkan perasaan mereka menggunakan sistem rangkaian sosial ini. Hal ini lebih memudahkan kerana luahan perasaan mereka akan mendapat perhatian rakan-rakan di laman sosial terbabit dan pelbagai nasihat serta pujukan”

“ sistem rangkaian sosial ini telah banyak menjejaskan nilai moral seseorang mahasiswa/
mahasiswi. Kerana terlalu bebas, ramai individu termasuk mahahsiswa/mahasiswi telah menyiarkan gambar dalam aksi yang tidak bermoral dan memalukan. Hal ini amat menyimpang dari segi adab dan tatasusila masyarakat Timur. “Ramai pengguna laman sosial telah menyalah anggap mengenai persepsi bebas itu sendiri sehingga lupa akan maruah diri dan keluarga melalui pergaulan yang terlalu bebas,”

“laman rangkaian sosial boleh melalaikan seseorang pengguna kerana masa yang terluang hanya akan dihabiskan dengan bermain permainan maya dan aplikasi yang terdapat di dalam internet. Di samping itu, pendedahan terlalu lama kepada skrin komputer akan merosakkan penglihatan. Mereka menghabiskan masa berjamjam lamanya di hadapan komputer riba masingmasing dengan aktiviti yang tidak berfaedah”

Secara keseluruhannya dapat dipastikan bahawa kemunculan laman-laman sosial yang semakin hangat di alam maya kini telah banyak mengubah keperibadian seseorang terutamanya bagi mereka yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.

Pelbagai pro dan kontra boleh didapati melalui sistem rangkaian ini namun segalanya tetap terletak di bahu seseorang mahasiswa/mahasiswi itu sendiri untuk menilainya. Kematangan berfikir adalah penting bagi mereka untuk menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi diri mereka sendiri.

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah, elakkan meluahkan secara terbuka di laman-laman sosial tersebut, sebaliknya cuba cari penyelesaian yang lebih bijak. Berjumpalah kaunselor anda untuk sama-sama merungkai permasalahn tersebut dengan lebih efisyen.

1 comment: