LOVE AS ALWAYS

LOVE AS ALWAYS
.::Hannah Dhiya::.Hafiy Amjad::.Hadif Affan::.Haziq Danial::.

Monday, February 8, 2010

Adik Hafiy ke rumah pengasuh...

Salam semua..

Semalam semasa di klinik Azzahra, bangi (check up bby to be-almost 38 weeks) pengasuh lama hafiy call untuk pinjamkan hafiy...katanya rindu.. maklumlah dah lama x tengok hafiy yang dijaga sejak lepas pantang hingga bertatih...rindu pada keletah hafiy katanya...
Dan pagi ni, pepagi lagi hafiy bangun and keluar bersama ayah n along...seawal enam setengah pagi....along pulak bukan main seronok sebab adik keluar sama ngan dia ke sekolah.....
Terharu juga bila anak kita disayangi oleh bekas pengasuhnya...maklumlah, zaman sekarang, sukar untuk mencari insan yang sayang menyayang tanpa dipinta balasan....kadang-kadang kesian n risau jugak bila hafiy ditinggalkan bersama bibik...dunia sekarang macam-macam boleh jadi....Petang semalam (got MC semalam), dpt call dr ofismate...katanya anak member ofis dilarikan bibik...nauzubillah...berderau darah bila dengar berita cam tu...biasa kita dengar di dalam surat khabar je...macam-macam cerita..bibik larikan anak...curi wang majikan...dan lain2...tapi sekarang ni drama real di ofis sendiri....alhamdulillah..berkat kerjasama.....akhirnya baby member selamat....
Itulah, masih ada ramai manusia yang tak mengerti perasaan seorang ibu, perasaan kasih sayang ibu n anak...sanggup untuk pisahkan kerana ikutkan hawa nafsu semata...dan sebagai seorang ibu, demi menunaikan tanggungjawab terpaksa mengharapkan bantuan orang lain menjaga anak-anak, walaupun dalam hati kerisauan, kebimbangan harga yang perlu dibayar untuk kemua ini...
Moga anak-anak kita dilindungi Allah selalu...tak kira walaupun berada bersama pengasuh, bibik atau di sekolah, bahkan dimana jua...Moga Allah lindungi anak-anak yang tak berdosa ini...Moga keberkatan mencari rezeki yang halal mendapat keredhaan Allah dan dipelihara serta dilindungi keluarga kita sentiasa. Aminn...

No comments:

Post a Comment