LOVE AS ALWAYS

LOVE AS ALWAYS
.::Hannah Dhiya::.Hafiy Amjad::.Hadif Affan::.Haziq Danial::.

Thursday, February 25, 2010

when the dream comes true...

Alhamdulillah....Tepat jam 3.16 a.m pada 23 feb 2010, seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Islam Azzahra, Bangi...
Along, angah, adik Hafiy (kini bergelar secara rasminya sbg Ateh) telah mendapat adik baru...
Syukur tak terhingga kepadaNya kerana Dia telah mengurniakan bayi perempuan yang kami nanti-nantikan sebagai pelengkap dan penyeri kebahagiaan keluarga kami. Ayahlah orang yang paling sibuk di saat getir ibu melahirkan baby baru..
Masih ingat malam 22 feb, contraction sudah mula terasa...tapi tak serius..bila ibu maklumkan kat ayah...terus ayah nak bawa ibu ke hospital...ayahlah yang paling risau...maklumlah along dulu lahir pada usia kandungan 32 minggu (premature), Angah 36, Ateh ok, then baby girl lahir lebih kurang 4 hari awal dari tarikh due...Align Center
Baby kali ni ibu rasa yang paling banyak ibu n ayah buat scan...lebih daripada lima...siap buat detail scan lagi...dan bila tahu jantinanya..ayahlah paling exited...mana taknya time shopping baju baby, caler pink jadi pilihan utama ayah....sedangkan ibu masih takut2 nak beli pakaian baby perempuan...kata ibu lebih selamat kalau kita beli baju yg warna putih je....semua jantina boleh pakai...tapi ayah mmg dah confident je baby yg keempat ni seorang perempuan..!
Kepada baby baru kami (sampai sekarang belum ada nama...masih tercari-cari nama yg sesuai) moga menjadi anak yg solehah...amin...


No comments:

Post a Comment